bila dengar shj perkataan itu dari bibirmu.. hatiku patah bagai mematahkan kayu yang sememangnya nipis .. ingin ku menangis di hadapan mu tetapi mungkin itu akan membuatkan dirimu bertambah kesal dengan kata kata mu itu.. kau menyatakan yang kau cintakan dia di hadapan ku.. pada waktu itu, aku sedang membawa sepucuk surat yang khas untukmu.. aku ingin sekali meluahkan perasaanku terhadap mu ..dengan jujur dan gembira menyatakan yang aku mencintaimu .. tetapi.. apa yang dapat? cinta mu bukan pada diriku? aku sedih.. aku mengenali dirimu sejak kita kecil lagi.. kita kawan yang amat rapat.. kita sentiasa memahami antara satu sama lain.. kau pernah menjanjikan sesuatu.. kita akan menjadi kawan rapat dan serapatnya sehingga akhirnya dunia ini.. tetapi.. ianya hanyalah kata kata mu semata mata.. hatiku sedih dan aku rasa ingin pergi jauh di hujung dunia dan jauh darimu.. aku pernah tersungkur di anak tangga kerana terlalu sakit.. penat mengejar dirimu yang sedang melangkah meninggalkan ku.. jangan.. jangan pergi dariku.. jangan.. aku memohon.. jangan..kerana kaulah yang menceriakan ku, apabila aku sedang sedih dan terluka, kaulah yang bersusah payah memikirkan bagaimana caranya untuk mengembirakan diriku.. aku ingat semua itu.. tetapi.. aku ingin bertanyakan sesuatu.. betul kah kau tidak cintakan aku?
benar kah kau nak tinggalkan diriku? bukan kah kau telah berjanji padaku? atau janjimu itu hanya untuk mengembirakan diriku? penipu.. pembohong.. aku kecewa sekali dengan apa yang kau telah buat padaku.. kau pergi tinggalkan ku.. tidak mengapa.. aku pun sudah membuat keputusan untuk melupakan dan meninggalkan dirimu.. aku pun sudah tidak berdaya lagi untuk menahan diriku.. pergilah bersamanya yang kau cintakan itu.. pergi jauh dari hidupku! aku ingin teruskan hidup ke hadapan tanpa mu.. suatu hari nanti.. aku akan jumpa kawan sejati , cinta sejati dan sememangnya bukan seperti mu.. dan.. aku akan ingat kata kata mu itu sampai ke akhir hayat ku..
selamat tinggal dan berharap kau sedar .. pergilah dan ingatlah ini.. aku sememangnya cintakan dirimu..
p/s: kata hati saya ini sememangnya benar dan harap kamu semua faham apa yang aku katakan.. terima kasih kerana sudi membaca isi hati saya ini..







