aku sepi. aku sangat sedih. aku selalu senyum di depan orang ramai tetapi, sebenarnya aku sangat menderita. hati aku sakit. hati aku tidak tenang..aku selalu fikir yang aku boleh mengharungi kesakitan ini .. tetapi sekarang.. aku tidak boleh tahan lagi.. ianya terlalu menyakitkan.. aku ingin kesakitan ini pergi jauh-jauh dari aku..
aku selalu dimarahi oleh orang lain.. walaupun sebenarnya bukan salah aku.. aku cuba untuk mengatakan yang aku tidak bersalah tetapi, mereka tetap memarahi aku..walaupun aku marah,sedih dengan kata- kata mereka .. aku tahu aku tidak boleh meninggikan suara untuk menjelaskan perkara yang sebenar kepada mereka .. tetapi, lama-kelamaan, aku sudah mula kemurungan..
setiap hari, ada sahaja yang membuatkan aku mengalirkan air mata.. aku sedih..sedih yang terlampau.. tidak bolehkah dalam sehari aku tidak dimarahi? sehari sahaja.. cukuplah.. tetapi.. segala-galanya sudah ditetapkan.. aku tak mampu mengubahnya.. aku tahu yang aku selalu buat salah.. tetapi berilah aku peluang untuk membetulkannya.. menasihatilah aku tanpa menggunakan kata-kata yang mengguris hati.. kerana itulah yang selalu aku mahukan dari mereka ..
ketika aku sedih, aku mencari dan melihat awan.. awan itu di tiup angin yang sejuk, udara nyaman.. berarak perlahan dengan lancar.. walaupun hari akan hujan.. ianya mempunyai maksud-maksud yang tersirat.. dan aku sudah pun tahu.. ianya menyedihkan aku .. aku ingin menjadi seperti awan itu..
'kalau aku diberi peluang, aku ingin kembali ke masa lampau untuk betulkan kesilapan aku'



